Ads 468x60px

Ahad, 12 Februari 2012

RUMAH ANDA Sebuah Perlindungan Atau Tempat Berbahaya?

Tiada tempat lain seperti rumah kita.Rumahlah tempat kita menemui kasih sayang,rasa kekitaan dan keselamatan. Tetapi tahukah anda bahawa rumah anda mungkin boleh menjadi tempat paling berbahaya di dunia?

Cuba pertimbangkan perkara ini:

Bahan kimia bertoksid dan pembersih isi rumah adalah tiga kali ganda lebih cenderung menyebabkan barah berbanding pencemaran udara. Kepekatan puncak 20 komponen toksik - yang sesetengahnya dikaitkan dengan barah dan kecacatan kelahiran-adalah 200 hingga 500 kali ganda lebih tinggi di dalam sesebuah rumah berbanding persekitaran luar, menurut satu kajian selama 5 tahun yang dijalankan oleh EPA- Agensi Perlindungan Alam Sekitar.

Lebih 150 bahan kimia yang biasanya ditemui di rumah dikaitkan dengan alergi, kecacatan kelahiran, barah dan keabnormalan psikologi - Pesuruhjaya Keselamatan Produk Pengguna.

Wanita yang bekerja di rumah mempunyai 54% kadar kematian yang lebih tinggi disebabkan barah berbanding wanita yang bekerja di luar rumah. Kadar kematian yang lebih tinggi tersebut dipercayai adalah disebabkan pendedahan harian kepada bahan kimia yang ditemui dalam produk-produk harian rumah - Pesuruhjaya Udara Tertutup Toronto.

Pembersih isi rumah yang bertoksik bukan sahaja berbahaya terhadap kesihatan kita. Ia juga membawa maut pada alam sekitar. Jabatan Ikan dan Buruan California telah menguji ketoksidan bahan kimia yang biasa ditemui dalam saliran air. Bahan-bahan yang paling bertoksid untuk organisma akuatik ialah peluntur rumah, pembersih serba guna, pencuci pakaian dan pencuci pinggan mangkuk kerana kesemua bahan tersebut adalah lebih berbahaya daripada cat atau wax kereta.

Hanya satu bahan - klorin - adalah asas kepada lebih 10,000 kimia sintetik yang baru, dan ia juga penyebab sesetengah masalah persekitaran dunia yang paling sukar: penipisan ozon, kematian hidupan liar, penyusutan dalam kebijaksanaan dan kesuburan manusia, pencemaran air dalam tanah dan pelbagai lagi.

Keselamatan bermula dari dalam rumah anda. Mulakan dengan membuang produk-produk pembersihan bertoksid dan menggantikannya dengan produk-produk mesra-alam dan mudah lupus.Dengan SmartKleen, anda boleh memastikan keluarga dan alam sekitar anda selamat!

(Artikel ini dipetik dari Majalah ELKEN, Disember 2011)