Ya Allah Ya Qobidh Yang Maha Menyempitkan, daku sedar akan kesilapanku kepadaMu kerana kejahilanku dan kerana daku mengikut hawa nafsuku. Smpunilah dosa-dosaku Allah Ya Affuw, Ya Ghaffar, Ya Tawwab, sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Pemaaf, Maha Pengampun dan Maha Menerima Taubat. Daku ingin mengadu kepadaMu Ya Allah Ya Sami’ yang maha mendengar yang maha Engkau mendengar setiap aduan, keluhan, rintihan dan permohonan akan kesempitan jiwa yang ku rasakan yang teramat sangat, dan daku sedar ini adalah ujian, hukuman dan keadilanMu Ya Allah Ya Qobidh Yang Maha Menyempitkan, Ya Hakam Yang Maha Menghukum dan Engkau Ya Adl Yang Maha Adil. Daku rela dan redha di atas ketentuan takdirMu Allah Ya Muqtadir Yang Maha Menentukan.