Ads 468x60px

Isnin, 11 Jun 2012

KUIH LAPIS

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
5 cawan santan sederhana pekat (daripada sebiji kelapa) 
sedikit pewarna merah dan esen ros/ pisang( setitik, dua je)
1/4 sudu teh garam

Cara membuatnya:

1. Panaskan pengukus.
2. Dalam satu mangkuk besar, campurkan tepung gandum, tepung beras, gula pasir dan santan. Gaul sebati menggunakan whisk. Tapiskan ke dalam bekas lain agar adunan sebati.

3. Bahagikan kepada 2 bekas. Untuk selamat kira secawan demi secawan. Kalau nak buat 7 lapis, bahagikan mengikut nisbah 3:4. Bahagian yang 4 cawan diwarnakan merah dan biarkan satu bahagian lagi putih.

4. Letakkan garam di dalam adunan putih dan esen ros di dalam adunan merah.

5. Letakkan loyang di dalam pengukus. Tuangkan satu cawan adunan berwarna merah dan kukus selama 7-10 minit. Ulang proses hingga lapisan terakhir berwarna merah, tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya menyerlah.

6.Setelah siap, keluarkan daripada pengukus dan sejukkan. Kalau nak cepat, rendamkan loyang dalam dulang berisi air ais dan bila loyang sejuk , barulah dimasukkan ke dalam peti ais.